Pages

Tuesday 17 May 2011

PENAWAR DARI DAPUR

BUAH PELAGA UNTUK BUANG ANGIN



Buah pelaga sememangnya mempunyai rasa yang agak pedas tetapi mampu menerbitkan rasa dingin pada lidah apabila di kunyah. Ia diketogorikan sebagai rempah yang sangat harum digunakan dalam masakan dan minuman ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi iaitu kalsium,oksalat silissium,sormeol dan sabinen. Selain itu biji buah pelage juga mengandungi pati minyak yang membantu dalam membuang angin dalam badan, menghangatkan badan selain membantu dalam membersihkan darah .

BETIK LEGAKAN ULSER MULUT



Tidak cukup tidur dan rehat menyebabkan tubuh bertindak balas  dengan mempamerkan  menerusi ulser pada mulut . ia menyakitkan dan menyebabkan anda sukar untuk memberus gigi, mengunyah makanan dan kadangkala untuk bercakap .cara untuk menghilangkan nya mudah sahaja, selain daripada menggunakan Bonjela (rasa pedih),apa kata makan buah betik. Rasa sakit yang dialami akan hilang dengan pantas.

BAWANG PUTIH ELAKKAN ANEMIA



Bawang putih yang termasuk dalam family liliaceae tergolong dalam kumpulan yang sama dengan bawang merah. Namun begitu kelebihan bawang putih ialah boleh bertindak sebagai penawar kepada pesakit –pesakit yang menderita Anemia kerana ketidakcukupan protein , iodin ,kobalt, kuprum vitamin c atau sebahagian vitamin B. bawang putih berupaya meningkatkan penyerapan vitamin B, terutama B1 dan mengandungi kuprum yang diperlukan untuk asimilasi zat besi.


(DIPETIK DARIPADA SEBUAH BUKU I SIHAT TERBITAN UTUSAN KARYA SDN BHD)